Keselamatan eletrik Arus_elektrik

Ancaman paling jelas adalah kejutan elektrik. Jumlah arus melalui tubuh, dan juga bentuk sentuhan, keadaan bahagian badan, laluan pada badan, dan saiz voltan sumber menentukan kesannya. Walaupun sejumlah kecil mampu menimbulkan rasa denyutan, jumlah yang tinggi mampu menyebabkan terbakar teruk sekiranya ia melalui kulit atau jantung berhenti ("cardiac arrest") sekiranya ia cukup besar melalui jantung. Kesan renjatan elektrik berbeza dari individual dengan yang lain bergantung kepada saiz tubuh mangsa.

Pemanasan elektrik tidak sengaja juga merbahaya. Kabel kuasa lampau beban sering menjadi punca kebakaran. Bateri sekecil sel AA yang diletakkan dalam poket bersama duit syiling boleh mendorong kepada litar pintas yang memanaskan bateri dan syiling tersebut, menyebabkan cedera terbakar. Bateri Nikel-kadmium "NiCad", Hidride logam Nikel "NiMh", dan bateri Lithium amat berisiko disebabkan ia mampu menghasilkan arus tinggi disebabkan rintangan dalaman yang rendah.